Arak
Soalan:
Apa hukumnya orang Islam membawa beberapa botol arak dan meletakkan botol arak di rak almari arak. Tujuannya untuk dijual tetapi yang menjual arak tersebut ialah non-muslim
Apa hukumnya pekerja Islam membawa pesanan arak dan diletakkan botol arak di atas meja, tanpa pekerja tersebut menuangkan arak dalam gelas.
Jawapan:
Pengharaman arak itu tidak terhad kepada meminum arak itu sahaja malah meliputi apa jua usaha atau aktiviti yang berkaitan dengannya, termasuk orang yang memerahnya, orang yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang minta dihantarinya, orang yang menuangkannya, orang yang menjualnya, orang yang membelinya, orang yang minta dibelikannya.
Hadith Nabi s.aw yang bermaksud, Diriwayatkan dari Anas bin Malik berkata, “Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah )