Bersunat bagi anak perempuan
Soalan:
Adakah wajib untuk menyunatkan anak perempuan?
Jawapan:
Mengikut mazhab Syafi’ie dan jumhur ulama’, berkhitan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.
Ini adalah berdasarkan kepada hadith Nabi:
Yang bermaksud, Lima perkara fitrah: berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ( Riwayat Muslim ).
Hikmah berkhitan adalah supaya kanak-kanak itu benar-benar bersih dan suci. Tidak syak bahawa dengan memotong kulit yang menutupi hasyafah lebih menjamin untuk mencapai tujuan kebersihan tersebut. Contohnya apabila hendak melakukan ibadah solat, dia hendaklah membersihkan dengan baik kemaluannya supaya tidak ada kekotoran yang melekat.
Bagi kanak-kanak pengidap autism bergantung kepada tahap kesihatannya dan jika tidak ada apa-apa kemudaratan kepadanya wajib dikhitankan.
—————————————————————————————————————————————
Fatwa:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 3/1433H yang bersidang pada 31 Mei 2012 bersamaan 10 Rejab 1433H telah bersetuju memutuskan:
- Amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.
- Walau bagaimanapun, Islam juga mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan diri.
3. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama, Muzakarah setuju memutuskan bahawa hukum pemotongan genitalia wanita (Female Genital Mutilation) adalah wajib. Walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.