Cara membuang kuku mengikut sunnah
Soalan:
Bagaimanakah cara membuang kuku mengikut sunnah nabi.
Jawapan:
Tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan dan tatacara memotong kuku dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimulai dengan jari manapun. Namun, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah lebih disyorkan untuk melakukan ibadat dan amalan-amalan sunat. Oleh yang demikian, adalah sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.
Sunatkan memulakannya dari tangan kanan kemudian tangan kiri dan memulakan kaki kanan kemudian kaki kiri.
Hadith:
Yang bermaksud, Dari ‘Aisyah RA, Sesungguhnya Rasulullah saw suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Muslim)
Hadith:
Yang bermaksud, Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kemaluan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.
Hal ini dilakukan agar tiada kotoran terperangkap di bawahnya dan agar tidak menghalangi masuknya air ketika berwudhuk dan mandi.