Cat masih terdapat pada kuku
Soalan:
Saya mengambil kursus “mengecat” di Giat Mara. Di sana saya kerap buat aktiviti-aktiviti yang menggunakan cat. Seperti mengecat kereta, kemudian menggossok cat tersebut, seterusnya cat semula dan proses ini dibuat berulang-ulang kali.
Persoalan saya ustaz, semasa melakukan aktiviti tersebut akan ada cat yang melekat pada kawasan celah-celah kuku dan ada yang memang melekat para kuku. Saya cuba membersihkan cat yang melekat dikawasan tangan saya itu menggunakan “thinner” tetapi kotoran itu masih lagi tidak hilang.
Adakah saya perlu qadha semula solat saya yang saya buat sebelum ni setelah kotoran cat tu hilang 100 peratus?
Jawapan:
Jika sememangnya ketika berwudhuk sudah terdapat liquid/cat di mana sifatnya boleh menghalang air daripada sampai ke kulit, maka tidak sah wudhuk, dan perlu dihilangkan dahulu kemudian berwudhuk.
Akan tetapi dimaafkan (terdapat sedikit kesan cat dan sukar hendak dihilangkan) kepada orang bekerja sebagai pengecat. Maka solat tersebut, tidak perlu diganti (qada’) atas sebab yang telah dinyatakan di atas.