Firasat
Soalan:
Saya ingin mendapatkan pencerahan berkaitan firasat. Saya dan pasangan ingin mendirikan rumah tangga, namun telah mendapat tentangn keras dari ibu pasangan, ibunya adalah pengikut tarikat dan menurutnya, beliau telah berjanji taat dan akur dengan nasihat guru mursyid beliau dan antara nasihat guru ialah tidak membenarkan kami berkahwin.
Menurut guru, berdasarkan firasat beliau dan melalui gambar, nama saya, nama kedua ibu bapa & tarikh lahir, kami dipercayai tidak bersesuaian dan akan membawa kepada penceraian jika kami masih meneruskan hajat kami.
Saya seorang muslim, menutup aurat, berkerjaya, dari keluarga yang baik, dan sepanjang proses berkenalan, kami percaya yang kami melengkapi antara satu sama lain. Sedangkan agama sudah menggariskan panduan dlm memilih jodoh, akan tetapi mengapa masih wujud golongan yang masih meminta minta firasat dar orang yg dianggap “mursyid’ dan menyukarkan lagi urusan mendirikan masjid untuk kami.
Saya berharap Dr/Ustaz dapat membantu saya mendapatkan jawapan bag kekeliruan saya ini. Saya yakin firasat dr org org alim itu wujud, tapi perlukah ia sampai ke tahap menghalang sebuah pernikahan? Saya juga mohon nasihat dari Dr jika kami masih mahu mendirikan rumah tangga, Bagaimana kami perlu menghadapi ketaksuban si ibu kepada guru & bagaimana kami boleh menjelaskan kepada guru beliau agar guru membenarkan kami meneruskan hajat kami.
Jawapan:
Didalam Islam, setiap perkataan adalah boleh diterima dan boleh juga diterima melainkan Sabda Baginda SAW. Imam Malik bin Anas (mazhab Maliki/guru imam As-Syafie) pernah memgatakan
“Tiap-tiap orang boleh diambil perkataannya dan ditolak melainkan perkataan yang mempunyai kubur ini (sambil beliau menunjuk ke arah makam Nabi s.a.w).”
Didalam Islam, sunnah memilih wanita adalah berdasarkan Sabda Nabi SAW Rasulullah SAW bersabda “Wanita itu dinikahi kerana empat faktor iaitu agama keturunan, harta dan kecantikannya. Pilihlah wanita yang baik agamanya. Jika tidak, nescaya engkau akan menjadi orang yang rugi” (HR Bukhari dan Muslim).
Seseorang guru mursyid mestilah menurut Sunnah Rasulullah dalam mengeluarkan pendapat atau pandangan lebih-lebih lagi apabila melibatkan masa depan seseorang iaitu perkahwinan.
Firasat orang beriman disebut al-Mutawasimin seperti yang disebutkan dalam al-Quran dan Hadis. Firman Allah SWT :
إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لاءَايَٰتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ
Sesungguhnyapada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda. Surah al-Hijr ayat 75
Abū al-Fidāʾ Ismāʿ īl ibn ʿ Umar ibn Kathīr (1303-1373) dalam kitabnya Tafsīr al-Qur’ān al-‘Aẓ īm menyebutkan bahawa makna al-Mutawasimīn sebagaimana yang dinukilkan daripada Mujāhid ialah al-mutafarrisīn (orang-orang yang memiliki firasat). Sebahagian penduduk Madinah pula memahami makna al-Mutawasimīn dengan al-Muta’ammilīn (orang yang memperhatikan). Daripada Anas ibn Mālik RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda (Ibn Kathīr 2002, 4: 543):
“اتقوا فراسة المؤمن؛ فإنه ينظر بنور الله”، ثم قرأ: {إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْمُتَوَسِّمِينَ}
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT itu memiliki hamba-hamba yang mengetahui manusia melalui firasat.Hamba-hamba yang dimaksudkan di sini ialah orang soleh yang mana di dalam hatinya tidak pernah kosong dari mengingati Allah SWT dan terhindar dari perkara-perkara yang boleh menjerumuskan ke arah kemaksiatan kepada Tuhannya.
Oleh itu sebarang saranan atau firasat dari org mu’min mestilah menepati syarat yang utama iaitu ia seorang yang bertaqwa dan memahami al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.