Haul zakat
Soalan:
Boleh saya mohon penjelasan berkenaan haul zakat.
Bolehkah diambil kira satu haul /nisab mengikut kalender masihi memandangkan pendapatan yang diperolehi adalah bulanan mengikut masihi.
Jawapan:
Haul ialah tempoh nisab harta berada dalam simpanan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah. Secara umum haul bagi zakat harta adalah satu tahun hijrah bersamaan 344 hari. Walau bagaimanapun demi kemaslahatan umum, haul yang dikira mengikut kalendar Masihi masih boleh diterima dengan mengambil kira perbezaan jumlah hari tersebut.