Kadar fidyah
Soalan:
Berapakah bayaran fidyah meninggalkan puasa bulan ramadhan untuk satu hari tinggal puasa. Di mana atau cara bayaran boleh dibuat.
Jawapan:
Kadar Bayaran Fidyah
Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar tersebut berubah bergantung kepada kadar harga fitrah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang bersamaan 2.751kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram.
Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan.
Contoh kiraan :
Kaedah Timbangan | Sukatan Timbangan |
1 Gantang | 2.751kg |
1/4 Gantang (1 Cupak) | 688g |
Kiraan Fidyah :
Kadar zakat fitrah pada 1439H adalah RM6.50, maka ¼ harga fitrah adalah RM1.625
Kesimpulan bayaran fidyah meninggalkan puasa bulan ramadhan untuk satu hari tinggal puasa bersamaan RM1.625
Di mana atau cara bayaran, sila rujuk pusat zakat