Kasut kulit babi/anjing
Soalan:
Apa hukumnya kita tidak tahu sama ada kasut itu kulit babi/kulit anjing kerana tiada siapa yang memberitahu dan pekerja tidak pula bertanya kepada tuan kedai, bimbang dimarahi.
Jawapan:
Jika tidak tahu kasut itu diperbuat daripada kulit babi/kulit anjing tidaklah berdosa.
Jika was-was bagi menentukan kulit tersebut kulit babi atau tidak, maka yang
sebaik-baiknya ialah membuat surat permohonan ke JAKIM untuk tujuan
memohon pengesahan bagi kulit kasut tersebut.
Setelah tahu/jika pasti kasut itu diperbuat daripada kulit babi sebaik-baik/seelok-eloknya anda sertu kaki dan tangan anda yang terpegang atau terkena kasut tersebut dengan 7 kali air mutlak termasuk sekali air yang bercampur tanah.