Kerja di kelab malam
Soalan:
i. Apa hukum pekerjaan keluarkan asap dari mesin untuk pentas nyanyian semasa nyanyian berlangsung untuk hiburan TV
ii. Apa hukumnya pekerja Islam memperbaiki lampu yang rosak di dewan kelab malam, tujuan ialah untuk menerangkan dewan kelab malam untuk majlis hiburan, tetapi niat pekerja tersebut hanya untuk memperbaiki lampu yang rosak.
Jawapan:
Hukum asal sesuatu pekerjaan itu adalah harus. Keharusan itu berdasarkan aktiviti perniagaan. Jika aktiviti perniagaan itu harus, maka hukum bekerja di syarikat itu harus. Jika aktiviti perniagaan itu haram, maka hukum bekerja di situ haram.
Kelab malam bukan tempat yang baik untuk bekerja kerana ia tempat banyak berlaku maksiat seperti percampuran lelaki dan perempuan, arak, hiburan yang boleh membawa kemaksiatan dan kelalaian. Pekerjaan yang dilakukan walaupun membaiki lampu yang rosak termasuk kepada kategori mengundang dosa, kerana saling bantu dan kerjasama dalam perbuatan dosa. Begitu juga pekerjaan keluarkan asap untuk pentas hiburan.
Wajib bagi seseorang Islam mencari pekerjaan daripada sumber yang halal. Akan tetapi di dalam keadaan yang tidak ada pilihan, maka dibenarkan bekerja di tempat yang terdapat syubhat dengan syarat elakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang haram. Jika wujud peluang baru, maka dia hendaklah berhijrah meninggalkan tempat kerja yang melibatkan perkara-perkara haram tersebut.