Menggunakan elektrik asrama
Soalan :
Saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti awam. Perbelanjaan harian saya agak tinggi, baik dari segi yuran pengajian, penginapan, mahu pun keperluan harian seperti makanan. Soalannya, apakah hukum menggunakan periuk nasi elektrik di dalam kolej kediaman pelajar, sedangkan penggunaan periuk nasi elektrik diharamkan di kolej kediaman? Bagaimana jika seseorang pelajar menggunakan periuk nasi untuk menjimatkan wang kerana harga makanan mahal menyebabkan mereka masak menggunakan periuk nasi tersebut di kolej kediaman.
Jawapan :
Hukum menggunakan periuk nasi elektrik dan nasi masakan adalah harus dimakan jika sekiranya ia adalah daripada sumber yang halal. Penggunaan elektrik tidak menyebabkan perbuatan menggunakan periuk elektrik dan nasi tersebut menjadi haram tetapi perbuatan memasak tersebut menyalahi peraturan asrama yang ditetapkan.