Menulis kisah perkahwinan manusia dan bunian
Soalan:
Saya seorang penulis novel. Bolehkah saya menulis perihal seorang manusia mengahwini bunian?
Jawapan:
Jenis penulisan yang dibenarkan dalam Islam ialah penulisan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam, tidak melalaikan dan tidak mendatangkan keburukan. Contoh-contoh penulisan yang mendatangkan kebaikan seperti kisah tauladan, kisah Nabi dan Rasul, jalan dakwah, mengajak kepada kebaikan, memberi keinsafan dan sebagainya.
Dalam Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-unsur yang Bercanggah Dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikeluarkan oleh JAKIM, kisah manusia berkahwin dengan bunian adalah dilarang.
4.4.2 Hukum Memaparkan Perkara-perkara Ghaibiyyat dan Mimpi Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.
4.4.3 Penerbitan Berkaitan Dengan Perkara Ghaibiyyat dan Mimpi Yang Dilarang
(c) Semua penerbitan yang memaparkan pengalaman seseorang berkomunikasi atau bertemu dengan makhluk-makhluk ghaib. Contohnya : (i) Memaparkan kisah-kisah ‘perkahwinan’ antara manusia dengan jin dan ‘orang bunian’.
Rujuk ke laman sesawang berikut.
http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis-panduan-bahan-penerbitan-bercanggah-aswj-2.pdf