Pengklonan manusia
Soalan:
Hukum Pembiakan manusia dan pengklonan
Jawapan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang Kali Ke-51 di Dewan Syura, Tingkat 11, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 11 Mar 2002 telah membincangkan isu Pembiakan Manusia Dan Pengklonan Tujuan Perubatan Dari Sudut Syarak dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
- Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah S.W.T. dan
- Penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan dan kajian yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.





Users Today : 191
Users Yesterday : 606
Users Last 30 days : 7012
Users This Month : 3315
Users This Year : 27906