Perempuan memakai piercing (bertindik)
Soalan :
Apakah hukum perempuan memakai piercing? Mohon pencerahan
Jawapan :
Hukum bertindik telinga bagi perempuan adalah harus kerana ia merupakan satu perhiasan wanita dan perlu dibatasi.
- Tidak boleh menampakkan perhiasannya kepada bukan mahram.
- Tidak bertindik seperti di perut, pusat, lidah kerana menyerupai orang kafir, fasik atau ahli maksiat dan juga merbahaya dari segi kesihatan.Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Lelaki dan wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat semulajadi mereka;
- Wanita dilarang membotakkan kepala kecuali untuk tujuan rawatan perubatan bagi mengatasi masalah atau penyakit yang tertentu;
- Perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain daripada cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.