Riba dalam pinjaman
Soalan:
Berkenaan hukum meminjam wang melalui bank atau badan lain yang seumpamanya. Pinjaman itu tidak lepas daripada kelebihan wang yang disepakati. Selain daripada itu samakah sama ada pinjaman untuk makan ataupun biaya pendidikan?
Maksud pinjaman wang di bank.. contoh, saya pinjam dari bank sebanyak 50 ribu,, utk pendidikn, tetapi saya perlu bayar semula kepada bank lebih daripada itu.. iaitu 60 ribu, di sebabkan adanya interest? Bagaimanakan keadaan ini.
Jawapan:
Secara umumnya interest/riba ialah setiap penambahan bayaran hutang berbanding kadar asal pinjaman. Interest/riba dalam bentuk dan alasan apa pun adalah dilarang oleh Allah s.wt dan hukum nya adalah haram. Riba itu tetap haram walaupun wujud sifat reda atau kesepakatan antara peminjam dan pemberi pinjam di dalam urusan jual beli.