Solat hormat waktu dalam kapal terbang
Soalan:
Semalam (19 Ogos 2020) sy melihat astro oasis, dalam rancangan pu azman menyatakan tidak perlu qada semula selepas solat hormat waktu ketika di dalam kapal terbang..pekara ini amat membimbangkan kerana astro oasis ditonton oleh kebanyakkan warga emas…jadi boleh ke pihak Mufti Negeri Sembilan menghuraikan pekara ini? Saya tidak sempat nak rakam video rancangan tersebut..tapi saya cuma ingin tanya perlukah qada semula jika solat hormat waktu ketika di dalam kapal terbang?
Jawapan:
Solat hormat waktu adalah solat dilakukan dalam keadaan kekurangan iaitu:
- tiada air : wudhu’
- tiada debu tanah : tayammum
- tidak menghadap kiblat
Apabila telah hilang kesulitan, seseorang wajib ulang semula solat (sekiranya masih dalam waktu solat) atau qadha’ solat sebaik sahaja sampai ke destinasi (sekiranya waktu solat telah tamat)




Users Today : 320
Users Yesterday : 506
Users Last 30 days : 6475
Users This Month : 2794
Users This Year : 2794