Tangguh solat jemaah kerana kelas
Soalan :
- Apa hukum sekiranya sedang berlangsung solat berjemaah di surau tetapi pembelajaran di kelas-kelas masih berjalan seperti biasa, maksudnya ada jemaah yang solat berjemaah dulu dan masa yang sama ada juga kelas berjalan ketika laksanakan solat itu? Tetapi pelajar-pelajar tersebut akan mendirikan solat jemaah selepas selesai sesi pembelajaran mereka.
- Apa hukum melewatkan dan menangguhkan solat berjemaah dahulu kerana ingin meneruskan pembelajaran di kelas?
Jawapan:
Hukum solat berjemaah selain solat Jumaat adalah fardhu kifayah. Menangguhkan solat sama ada berjemaah atau bersendirian kerana pembelajaran dibolehkan dengan syarat tidak luput dari waktu solat fardhu yang telah ditetapkan.