Telangkup tangan ketika doa tolak bala
Soalan:
Saya ingin bertanya tentang satu amalan yang menerbalikkan tangan ketika doa tolak bala. Apakah hukum dan adakah cara tersebut bercanggah dengan syariat Islam. Mohon penjelasan.
Jawapan:
Amalan menelangkupkan telapak tangan ketika doa menolak bala adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan tidak bercanggah dengan syarak dan bukannya direka-reka.
Hal ini berdasarkan beberapa hadith antaranya.
عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم استَسْقَى فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إلى السماءِ
Yang bermaksud, daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi s.a.w ketika berdoa meminta hujan, Baginda menghalakan belakang tapak tangannya ke langit.
عن أنس أن ألنبي صلى الله عليه و سلم كان يَسْتَسْقَى هكذا يَعْنِي وَ مَدَّ يَدَيْهِ وجعل بُطُونَهُماَ مما يلي الأرضَ حتى رأيت بَيَاضَ إِبْطَيْهِ
Yang bermaksud, daripada Anas, bahawa Nabi s.a.w berdoa memohon hujan, dengan cara begini, iaitu Baginda mengangkat kedua-dua belah tangannya dengan menghalakan tapak tangan ke tanah sehingga aku nampak putih ketiaknya.