TIdak dapat solat Jumaat
Soalan:
Saya bekerja di Calamba, Philippine di mana jarak masjid yang saya tahu paling dekat di Manila dan jarak lebih kurang Kuala Lumpr-Seremban. Saya juga ada masalah pengangkutan di sini. Saya balik Malaysia 3 bulan sekali dan selama 3 bulan di Philippine saya tidak pergi sembahyang Jumaat di sebabkan kekangan tersebut. Bagaimana pendapat tuan?
Jawapan:
Hukum meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran syarak adalah haram dan berdosa.
Keuzuran syarak yang membolehkan seseorang itu meninggalkan solat Jumaat :
- Sakit, demam dan sebagainya.
- Hujan yang menyusahkan perjalanan ke masjid
- Tinggal terlalu jauh daripada masjid yang menyukarkan perjalanan ke masjid tersebut
- Dalam perantauan (musafir)
- Menjaga orang sakit yang tiada penjaganya
- Bimbangkan diri dan harta benda daripada musuh ataupun orang zalim
Dalam keadaan saudara ketika berada di Philippine, digugurkan kewajiban solat Jumaat namun solat zuhur tetap wajib dikerjakan.