Hukum makan kumbang mekah
Soalan:
Apakah hukum memakan kumbang mekah untuk tujuan kesihatan @ perubatan?
Jawapan:
Perkara yang haram dimakan adalah semua jenis serangga, iaitu binatang kecil dan halus yang melata di bumi seperti semut, lalat, kumbang, ular, ulat-ulat, pijat-pijat, kutu, lipas, cicak dan sebagainya.
Berubat dengan benda haram merupakan haram mutlak kecuali darurat. Iaitu tidak ada alternatif lain selain dari bahan tersebut dan penggunaanya seminima mungkin dengan mengikut kaedah Feqh “Ad- Dharurah Tuqaddar Bi Qadariha” yang bermaksud Darurat itu di tentukan dengan qadarnya sahaja. Mengambil sekadar keperluan sahaja.