Hukum orang Islam menjual makanan haram
Soalan:
Apakah hukum orang Islam menjual makanan haram seperti daging babi, kepada orang bukan Islam?
Jawapan:
Haram orang Islam menjual makanan haram seperti daging babi, kepada orang bukan Islam.
Hadith yang bermaksud,
Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala.
(Muslim 2236 & Bukhari 931)