Kedudukan jenazah ketika disolatkan
Soalan:
Kedudukan jenazah ketika disembahyangkan
Jawapan:
Dalam perkara meletakkan jenazah ketika menyembahyangkannya adalah disyaratkan jenazah itu diletakkan di hadapan imam. Begitu juga jika sembahyang jenazah itu dilakukan di atas tanah perkuburan, maka hendaklah kedudukan kubur si mati berada di hadapan imam dengan imam itu menghadap ke arah qiblat.
Jika jenazah itu lelaki maka afdhal meletakkan kedudukkan kepalanya di bahagian belah kiri imam dan kedudukkan bahagian kakinya di bahagian belah kanan imam, jika jenazah itu perempuan maka afdhal meletakkan kedudukkan kepalanya di bahagian belah kanan imam dan kedudukkan kakinya di bahagian belah kiri imam
Namun demikian, sekiranya ada imam yang menunaikan solat jenazah tidak mengikut kedudukan seperti ini, seperti di tengah-tengah jenazah lelaki dan di kepala perempuan, hukum solat tersebut adalah sah. Kedudukan ini dari segi hukum syarak adalah sunnat sahaja