Mandi wajib dan wuduk dengan rambut ber’dye’
Soalan:
Apakah sah mandi wajib atau wuduk jika rambut di ‘dye’ kerana ada pendapat mengatakan mandi wajib dan wuduk sah kerana rambut tidak termasuk/ bukan anggota badan yg wajib semasa mandi atau wuduk.
Jawapan:
Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu:-
(1) boleh menyerap air, supaya wudhuk dan mandi wajib menjadi sah
(2) tidak mengandungi bahan yang memudaratkan kulit; seperti kanser, kekeringan rambut, allergi dan sebagainya
(3) dibuat daripada bahan yang tidak bercampur dengan najis dan daripada bahan yang suci dan halal
Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi wajib atau wuduk. Ini bererti air yang bersih mesti sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi wajib atau sebahagiannya ketika berwuduk. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi wajib dan wuduk berkenaan tidak sah.