Membuat pinjaman bagi menunaikan haji atau umrah
Soalan:
Terdapat beberapa buah koperasi menawarkan pinjaman bagi menunaikan ibadah Umrah. Apakah hukumnya membuat pinjaman ini?
Jawapan:
Harus membuat pinjaman koperasi bagi menunaikan ibadah Umrah.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 03/2015-1436H yang bersidang pada 20 April 2015 bersamaan 01 Rajab 1436H telah bersetuju memutuskan berkenaan Hukum Skim Pinjaman Wang Daripada Koperasi dan Seumpamanya Untuk Tunaikan Fardhu Haji Atau Umrah dengan sighah seperti berikut :
- Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah daripada skim pinjaman wang sekiranya mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya; dan
- Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, ta’awun, adil dan telus dalam operasinya disamping bebas daripada unsur-unsur riba.