Nikah dengan bunian
Soalan:
Bolehkah bunian mengahwini manusia?
Jawapan:
Hukum manusia nikah dengan bunian (jin) tidak sah.
Firman Allah ayat 21, Surah ar-Ruum yang bermaksud,
Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Ayat 72 Surah an-Nahl yang bermaksud,
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: …
Kedua-dua ayat ini boleh difahami dengan mudah bahawa pasangan manusia mestilah manusia juga. Barulah akan wujud ketenangan, kasih sayang dan saling percaya mempercayai.
Banyak masalah akan timbul jika manusia bernikah dengan jin seperti masalah nasab, waris, kewalian dan lainnya kerana berbeza alam. Manusia menikah dengan jin tidak boleh membangun keluarga yang aman dan bahagia.