Terlupa bilangan puasa nazar
Soalan:
Saya telah bernazar jika keputusan peperiksaan SPM melayakkan saya memasukki university, saya akan berpuasa selama 30 hari tanpa berturut. Dan saya berjaya dengan keputusan tersebut. Sehingga kini, saya tidak pasti berapa hari saya sudah menunaikan puasa nazar tersebut. Adakah saya perlu mengulang semula kiraan bilangan puasa nazar tersebut atau ada cara lain menggantikan puasa nazar tersebut seperti bersedekah?
Jawapan:
Puasa nazar wajib ditunaikan apabila mendapat hajat yang dinazarkan. Anda perlulah mengingati dengan yakin jumlah bilangan minima hari puasa nazar yang telah dilaksanakan. Dan anda hendaklah terus berpuasa tanpa was-was hingga selesai.